Healthy Beauty

Vital Repair Complex : Baris Hadapan Pertahanan Kulit

Vital Repair kalau bahasa mudahnya Hsna suka ibaratkan sebagai BARIS DEPAN PERTAHANAN KULIT !  Vital Repair Complex ini adalah sebenarnya gabungan TUJUH nutrien yang melalui pelbagai kajian saintifik terbukti mampu mencantikkan kulit dan menjadikannya kelihatan muda. Ketujuh-tujuh nutrient ini merupakan endogenous antixodant yang sangat penting dalam tubuh kita lebih-lebih sangat sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit dalaman dan luaran. 

7 ramuan utama Vital Repair Complex

  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Panthenol (pro-vitamin B5)
  • Ekstrak Benih Anggur (Grape Seed Extract)
  • Superoxide Dismutase (SOD)
  • Beta Glucan

1) Vitamin A

Vitamin A lebih dikenali sebagai retinol atau asid retenoik – yang memainkan peranan  besar dalam pertumbuhan sel dan tisu tubuh. Vitamin A sangat penting untuk membantu merangsang penghasilan sel-sel fibroblast yang bertanggungjawab untuk membentuk tisu yang memelihara lapisan luar dan dalam kulit. Fungsi utama fibroblas adalah untuk menghasilkan matriks ekstraselular seperti elastin, retikuler dan kolagen yang diperlukan oleh tisu. Sebab tu ketidakcukupan Vitamin A akan menyebabkan pertumbuhan kulit lemah, kulit kering dan luka serta parut lebih susah nak sembuh dan hilang, kendur, kedut dan cepat tua.

2) Vitamin C

Vitamin C yang diformula dalam Vital Repair Complex ini bekerja dengan dua cara untuk meneguhkan dan menguatkan kulit: 

  • Menyokong pertahanan semula jadi kulit terhadap pecahan kolagen yang disebabkan oleh UV
  • Meningkatkan keupayaan kulit untuk menghasilkan kolagen dan elastin baru.
Kebaikan Vitamin C


3) Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan larut lemak. Kandungan tinggi Vitamin E mengaktifkan sel-sel darah putih bagi menghancurkan radikal bebas sehingga mampu menghalang jangkitan pada kulit

kebaikan vitamin E


4) Panthenol (pro-vitamin B5)

Panthenol juga dikenali Provitamin B5 – apabila digunakan ke atas kulit ia menjadi asid pantothenik yang lebih mudah terserap kedalam kulit . Merupakan kumpulam Vitamin B kompleks larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan asid amino. Jika kulit anda memerlukan kelembapan tambahan, panthenol memang diperlukan untuk memulihkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit kerana sifatnya yang mampu menarik dan mengunci kelembapan ke dalam kulit dengan mengikat molekul-molekul air dengan berkesan. Tindakan ini membantu melindungi kulit serta menyokong kolagen dan elastin yang sihat.

Memiliki ciri-ciri pelembap terbaik sebab itu skincare product yang mengandungi penthanol adalah pilihan hydrator terbaik

Merupakan humectant semulajadi  dengan :-

  • Mengurangkan jumlah air yang hilang melalui kulit.
  • Kategori bahan mengikat air dengan menarik dan mengekalkan air.
  • Meningkatkan penghidratan dengan memperbaiki kelembutan dan mengekalkan keanjalannya
  • Sesuai untuk rawatan kulit kering dan kasar


5) Ekstrak Benih Anggur (Grape Seed Extract)

Ekstrak benih anggur terdiri daripada campuran beberapa antioksidan seperti flavonoid, Vitamin E, linoleic acid dan phenolic procyanidins.  Antikosidan ini berupaya menghalang enzim yang memusnahkan kolagen dan seterusnya dapat mengekalkan tekstur kulit yang muda. 

Radikal bebas merupakan molekul yang boleh merosakkan sel kulit kita. Ia tidak memiliki pasangan neutron yang stabil oleh sebab itu ia akan bertindak mencuri elektron dalam sel-sel yang sihat. Kesannya sel sihat tersebut makin rosak dan lemah. Jadi apa yang kita nampak dan rasa kulit makin rosak dan menua kesihatan juga makin merosot.  Jadi kuasa antioksidan dari biji benih anggur berupaya melindungi sel daripada serangan radikal bebas tersebut. Sumber radikal bebas boleh didapati disekeliling kita sahaja contohnya uv, rokok, pencemaran dan alam sekitar.

Kebaikan Grape Seed Extract untuk kecantikan
Bad free radical activity effect the beauty of healthy skin and body. 

Simple say we openly damaged to various free radical every second! Yes second ! not a even a day ! Imagine how our skin will look like  if we never protected our skin enough..  soon enough we look old before that time comes..isn’t? 


6) Superoxide Dismutase (SOD)

Superoxide Dismutase adalah enzim bersifat antioksidan semulajadi yang dijumpai di dalam badan – Enzim adalah bahan yang mempercepat tindak balas kimia tertentu dalam tubuh. Ia adalah sejenis enzim yang membaiki sel dan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh superoxide – iaitu sejenis radikal bebas yang biasa ditemui dalam tubuh kita. Dismutase superoxide berperanan menggalakkan pemecahan radikal bebas – sebab itu SOD sangat penting untuk membantu meneutralkan kesan radikal bebas oleh kulit. SOD boleh dijumpai didalam dermis dan epidermis kulit dan menjadi kunci utama penghasilan fibroblasts yang  sihat dan lancar. 

7) Beta Glucan

Dikelasifikasikan sebagai polisakarida yang menjadi bahan binaan dinding sel pada bakteria, yis, kulat dll. Ia memainkan peranan penting untuk menjaga SISTEM IMUNITI KULIT. Bila terdapat signal bendasing B-Glucan akan meransang makrofaj – makrofaj adalah sel darah putih bersaiz besar yang menelan mikrob, antigen dan zat-zat lain – Beta glucan merangsang sel darah putih untuk memastikan tumor, virus, bendasing terus dimusnahkan – Makrofaj bertindak menghancurkan patogen yang menyerang

Beta Gluten dalam Vital Repair Complex Youth Shaklee
Beta Gluten – Activated Macrophages – Fight Free Radical  

Mikrofaj asasnya berada dimana organ tubuh yang berhubung dengan aliran darah dan dunia luar seperti KULIT.
Makrofag merembeskan sitokin – bahan kimia yang membolehkan sel-sel imun bertindak dengan sempurna
yang mampu menembusi kulit ke epidermis dan dermis

University of Alberta mendapati Beta glucan memasuki kulit dengan cara yang sama seperti air menembus dinding bata. Ia tidak melalui batu bata, ia melalui konkrit yang mengikat batu bata ia menyerap secara menyeluruh. Beta glucan bertindak melalui matriks lipid antara selular atau simen sel  untuk membolehkan ia memasuki tahap kulit yang lebih rendah. Oleh sebab itu beta glucan juga sangat membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dilapisan kulit.


Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.


Vital Repair Complex – YOUTH™  Revolusi Penjagaan Kulit Terbaik – 

Selepas penggunaan Youth peningkatan penampilan kulit boleh dilihat dan dirasai melalui :

  • Pengurangan kedalaman, panjang, lebar, atau bilangan kedut
  • Pengurangan kekasaran kulit
  • Pengurangan kulit kendur
  • Saiz liang lebih halus
  • Menghentikan jerawat dan jeragat – membantu merencatkan punca jerawat terjadi 
  • Menghilangkan jeragat dan jerawat secara total
  • Memudarkan dan menghilangkan parut
  • Meratakan tona kulit 
  • Menghaluskan kulit dan memudarkan parut baru/lama
  • Kulit lebih licin dan sekata
  • Mengurangkan kesan hiperpigmentasi kulit
  • Kulit lebih sihat, cerah, tegang dan muda
  • Meminimumkan blackhead dan whitehead


husnarahman.com | @_husnarahman.com_
011-2557-9903
Your Healthy Beauty Partner
#CODShakleeTumpat
#CODShakleePengkalanKubor
#CODShakleeWakafBharu
#PostageShakleeSeluruhMalaysia

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge