Healthy NutritionKesihatan Wanita

Keperlun Vitamin dan Mineral Pada Wanita

Penting ke vitamin untuk wanita?

Wanita sekarang berisiko untuk terkena jangkitan pelbagai penyakit contoh yang paling popular sekarang ialah kanser.  Kanser  makin digeruni terutama dalam kalangan wanita. Banyak faktor sekarang ini yang meningkatkan lagi pendedahan para wanita kepada kanser seperti kekurangan nutrisi, pemakanan tidak dijaga, persekitaran, baham kimia dari produk skincare, mekap dan sebagainya. Jadi apakah wanita perlukan vitamin dan mineral untuk kesejahteraan mereka?

Keperluan vitamin wanita berubah mengikut keperluan tubuh, tahap kesihatan, peredaran masa, gaya hidup, peringkat umur dan sebagainya. Percaya atau tidak apa yang kita pemakanan tahun 1998 dulu takkan sama dengan apa yang kita makan tahun 2018 walau menunya yang sama sepeti contoh daging. Lembu pada zaman dulu purely makan rumput yang kaya dengan Vitamin B7 tapi lembu sekarang makan dedak yang mana vitaminnya belum tentu sama? Beza ke beza? Beza sangat kan? Jadi tidak hairanlah kenapa generasi kita mengalami sangat kurang nutrisi dan mudah dihinggapi penyakit yang pelik-pelik walau makanan banyak.

Punca utama seseorang itu jadi mudah letih, sering jatuh sakit, nampak lemah tak bermaya, lebih berusia kerana kebanyakan dari kita ni tidak mengamalkan pemakanan seimbang, berzat dan mencukupi keperluan tubuh badan yang sepatutnya. Kekurangan zat makanan sebenarnya punca utama masalah kesihatan terutama dalam kalangan rakyat Malaysia; makanan banyak tapi sayang zero nutrisi. Apa yang kita makan mostly hampas nutrients. Memang hampehhh laa.. kan? Salah siapa? Salah sendiri jugakkk…

Lain orang lain keperluan vitamin serta mineralnya. Mana boleh sama, kuantiti nutrisi yang diperlukan oleh ibu mengandung tak sama dengan orang biasa, keperluan warga emas pun tak sama dengan keperluan orang muda. Seorang perokok dan orang normal juga lain. Setiap orang memerlukan zat-zat tertentu mengikut keperluan keadaan, gaya hidup, tabiat masing-masing.


Berikut ni antara cadangan tambahan zat, suplemen dan vitamin yang paling asas yang perlu diambil setiap orang.

Walaupun masih banyak penyelidikan telah dibuat dan masih dijalankan tapi kebanyakan saintis berpendapat bahawa keperluan Vitamin A, C dan E sangat penting untuk segala pencegahan penyakit, memperbaiki kesihatan secara umumnya, memperkuatkan sistem imum tubub serta melambatkan progress penyakit.
 
Kekurangan makanan tinggi antioksidan boleh menyebabkan keupayaan sel-sel tubuh untuk memperbaiki DNA (peringkat sel) terjejas dan menjadikan sel-sel lebih sensitif terhadap kerosakan oksidatif – dan lebih mudah mendedahkan seseorang kepada penyakit-penyakit fatal seperti kanser. Antioksidan adalah nutrien yang menyekat beberapa kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Pembentukan radikal bebas dalam tubuh mempercepatkan proses penuaan. Malah kesan radikal bebas boleh mengakibatkan kanser, penyakit jantung,arthritis dan membuatkan penampilan seseorang itu lebib berusia.

Kebaikan – kebaikan Vitamin dan Mineral kepada Tubuh Kita

Vitamin A  

+Baik untuk kesihatan penglihatan
+Sebagai langkah awal pencegahan kanser kerana Vitamin A antara vitamin antioksidan yang sangat bagus dan berkuasa (powerful antioxidant)
+ Mengurangkan kesan radikal bebas yang mempercepatkan penuaan


+Sumber kolagen – Membantu sintesis kolagen
  • Membantu sintesis kolagen yang sangat penting untuk membaiki dan mengekalkan tulang rawan, tulang dan gigi yang kuat
+Sumber antiokosidan terbaik
+ Orang tua berisiko mengalami kekurangan zat makanan –
  • Vitamin C adalah antara keperluan paling penting bagi golongan warga emas untuk mengelakkan penurunan fungsi kognitif ; pengambilan vitamin C yang mencukupi adalah penting dalam melambatkan permulaan dan perkembangan penyakit Alzheimer 
+Membantu melindungi rambut dan kulit daripada kerosakan dan penuaan
  • Menguatkan sistem pertahanan kulit.Vitamin C membantu dan melindungi fungsi sel darah putih supaya mereka tidak rosak oleh molekul berbahaya seperti radikal bebas. Oleh sebab itu Vitamin C bermanfaat sebagai antioksidan untuk menguatkan skin barrier, melindungi dan merawat kulit menjadi lebih sihat, cantik dan kuat.
+Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan
  • Menjaga gusi dan gigi yang sihat dan kuat
  • Membantu dalam pembaikan tisu dalam badan – Bentuk protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, tendon, ligamen, dan saluran darah
  • Mempercepatkan penyembuhan luka – Menyembuhkan luka dan tisu parut
+ Membantu penyerapan zat besi dalam usus
+ Mengurangkan risiko kanser, penyakit arteri koronari jantung, katarak dll.
+Membantu pembentukan sel darah merah
+Membantu menguatkan imuniti
Tanda-tanda anda kekurangan Vitamin C; mudah alami keletihan, gusi berdarah, ruam-ruam, sakit sendi, sakit belakang dll

 


+Sumber kaya antioksidan 
+Sama jugak dengan Vitamin C, Vitamin E juga membantu stimulasi sistem imun badan untuk mengutakan lagi imun badan menentang radikal bebas punca utama penyakit
+Membantu merendahkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser
+Vitamin E yang cukup dapat membantu meningkatkan kesuburan seorang wanita
  • Vitamin E memainkan peranan dalam pembentukan dan mengukuhkan plasenta.  Plasenta yang sihat adalah penting untuk menyokong kehamilan yang sihat – Artikel Advances in Nutrition, 2012
+Sekiranya anda mempunyai sejarah keturunan penyakit jantung yang kuat anda digalakkan untuk mengambil 400IU Vitamin E setiap hari!

 


Vitamin B

+Vitamin B terbahagi kepada 8 kumpulan lengkap termasuk ; Folate, Riboflavin, Thiamin, Niacin, Pantothenic Acid, Biotin, Vitamin B6, Vitamin B12

+Vitamin B menyumbang kepada peningkatan kesihatan, kesejahteraan, kecantikan dan kesuburan wanita.  Vitamin B adalah vitamin wajib bagi setiap wanita yang idamkan kesihatan yang sihat dan sempurna. 
 
+Bagi golongan remaja perempuan Vitamin B boleh membantu menangani masalah kulit seperti jerawat dengan mengurangkan kadar stress
  • Stres dan perubahan hormon boleh memberi kesan kepada kesihatan kulit mereka.
  • Anti stress terbaik – membantu memerangi radikal bebas yang memudaratkan kesihatan kulit dan tubuh.
+Mengurangkan simpton senggugut seperti membantu menstabilkan mood bila hampir period, mengurangkan kesan sakit bahagian payudara, mengurangkan jerawat – bagus diambil dengan Kalsium Ostematrix
 
+Manakala bagi wanita dewasa pula mereka sangat perlu untuk dapatkan Vitamin B dalam diet mereka untuk meningkatkan tahap kesuburan dengan meningkatkan peluang untuk hamil.
  • Disamping itu, mengurangkan rasa loya, pening – mengurangkan kesan morning sickness bagi ibu hamil
  • Penting untuk tumbeseran bayi yang lebih sihat – mengurangkan risiko spina bifida
+Kepentingan fungsi Vitamin B ini hampir merangkumi seluruh hidup seorang wanita bermula usia remaja hingga warga emas. Vitamin B boleh membantu mengurangkan simpton menopause, membantu memberi rasa tenang dan elakkan gangguan perasaan – membantu menstabilkan emosi
+Pengambilan folate yang mencukupi sangat penting terutama dalam kalangan wanita – lebih-lebih lagi yang merancang untuk mengandung
+Folate yang mencukupi dapat merendahkan risiko kanser pangkal rahim, kanser paru-paru dan kanser colorectal.
+Bagi wanita yang masih datang haid mereka sangat perlukan zat besi tambahan. Wanita memerlukan besi untuk membuat sel darah merah setelah mereka kehilangan banyak darah semasa period. Siapa kata wanita period kena stop pengambilan suplemen bila tiap kali period?
+Suplemen (vitamin ) diperlukan untuk menyokong fungsi tubuh yang normal lebih-lebih lagi semasa period. Wanita bukan sahaja kehilangan banyak darah tapi zat besi, kalsium dan nutrient-nutrient lain yang ada dalam darah.
  • Sebab itu ada sesetengah wanita mengalami tekanan darah rendah setiap kali period kerana tiada sokongan untuk menggantikan darah yang telah keluar.
+Zat besi juga memainkan peranan penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan anda dan sangat penting untuk fungsi imun yang optimum
+Bagus diambil bersama-sama Vitamin C kerana kehadiran Vitamin C membantu penyerapan iron oleh tubuh pada tahap optimum.

  • Tahukah anda kalsium perlu diambil dengan Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan yang maksimum oleh tulang dan tubuh kita?
+Wanita perlu memastikan mereka mempunyai vitamin D yang cukup kerana peranannya dalam penyerapan kalsium untuk tulang yang sihat.
+Bagi seorang perempuan pengambilan kalsium setiap hari lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.
+Sekiranya wanita tidak mendapat kalsium dan vitamin D yang mencukupi, hormon yang mengawal kalsium bertindak balas secara negatif dengan estrogen dan progesteron dan mencetuskan gejala PMS ataupun senggugut.

husnarahman.com | @_husnarahman.com_
011-2557-9903
Your Healthy Beauty Partner
#CODShakleeTumpat
#CODShakleePengkalanKubor
#CODShakleeWakafBharu
#PostageShakleeSeluruhMalaysia


References:
  1. Diet Vitamin dan Herba Sebagai Penyembuh Penyakit/AMINA NOOR/2014/Pustaka Ilmuwan
  2. A critical review of vitamin C for the prevention of age-related cognitive decline and Alzheimer’s disease, 2012;29(4):711-26. doi: 10.3233/JAD-2012-111853, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22366772
  3. The Most Important Vitamins and Minerals for Women, https://www.multivitaminguide.org/best-multivitamins-for-women.html#comparison-table
  4. Vitamin C and Skin Health, https://lpi.oregonstate.edu/mic/health-disease/skin-health/vitamin-C
  5. Vitamin C, https://medlineplus.gov/ency/article/002404.htm
  6. Why Calcium Is Useless Without Magnesium, https://www.naturelo.org/why-calcium-is-useless-without-magnesium
  7. Benefits of Vitamin B for women, https://www.manageyourlifenow.com/benefits-of-vitamin-b-for-women/
  8. 5 Benefit of Calcium, https://www.sheknows.com/health-and-wellness/articles/822335/5-benefits-of-calcium/
  9. What Are the Benefits of Vitamin E for Infertility?, https://www.livestrong.com/article/420271-what-are-the-benefits-of-vitamin-e-for-infertility/?ajax=1&is=1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge