Healthy BeautyHealthy Nutrition

Kepentingan Vitamin C dan E untuk kulit.

Pemakanan yang tepat dapat menyuburkan dari dalam tubuh untuk menghasilkan metabolism dan sistem pembersihan yang sihat supaya kulit dapat tumbuh dengan bersinar dan sihat. Bahan makanan yang penting bagi penjagaan kulit ialah yang mengandungi tinggi antioksidan seperti A, C,E dan CoQ10. Kita memang sudah terbiasa dengan vitamin ACE tapi jarang-jarang kita dengar Vitamin CoQ10 kan? Since kita membincangkan kepentingan Vitamin C dan E untuk kulit entry kali ni mungkin next entry kita bincang detail regarding kepentingan vitamin A dan CoQ10 pulak. Kalau anda seriously nak tahu stay tune and keep follow Hsna ok.

Kita boleh mendapatkan vitamin-vitamin tersebut daripada pemakanan kita tetapi masalahnya kita tidak mampu mendapatkan aras yang boleh mengatasi masalah tekanan pengoksidaan yang tinggi. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 400IU Vitamin E  dan 1000mg Vitamin C  setiap hari. Itu minimum ok.

Dari mana tubuh kita dapatkan vitamin- vitamin ni? Ya daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan-makanan yang kita makan setiap hari. Most dari kita tahu makan untuk kenyang perut senang hati je. Apa jadi ‘dalam’ tu ada haku kesah? Amboi..Dan hakikatnya tak semua suka buah kan? Tak semua gemar makan sayur dan tak semua konsisten je ambik suplemen, kan? – kalau yang ambik suplemen laa

Berapa kerat je makanan yang kita ambik tu memang penuh bernutrisi dan memang berkhasiat? Masalahnya most of us banyak makan hampas vitamin instead of a real mineral dan vitamin dalam makanan kita tu.Makanan kita lebih banyak tercenar dengan macam-macam unsur.Sehari-hari makanan kita memang wajib ada msg, garam dan gula yang berlebihan, pewarna tambahan..etc. Memang merosakkan kulit lah kesannya.

Setuju tak? Habis tu verangannn nak skin umpama glass kononnya..banyak syantik..

Kenapa kita disarankan untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran? Buah-buahan dan sayuran sebenarnya menawarkan kepekatan dan bekalan vitamin untuk kulit.

Buah/makanan yang kaca Vitamin C- Kiwi, strawberi, jambu batu, manga, limau, anggur, belimbing etc

Buah/makanan yang kaya Vitamin E – Turnip hijau, bayam, brokoli, badam, kekacang, minyak zaitun, betik etc


Apa kepentingan vitamin C dan E ni untuk kulit?


Kepentingan Vitamin C

Vitamin C sangat penting dalam pembentukan dan proses pembaikan kulit. Dan  tersangat penting bagi pembentukan (sintesis) kolagen untuk mengekalkan keanjalan dan kemudaan kulit kita.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh sebuah jurnal Free Radical Biology  & Medicine telah membuktikan bahawa Vitamin C mampu mempertahankan dan melindungi DNA dari kerosakan kesan aktiviti radikal bebas. Oleh sebab itu ia membantu penumbuhan kulit yang lebih baik.

Dalam kajian yang lebih dalam lagi mereka menemukan bahawa Vitamin C dapat membaiki kerosakan yang diakibatkan oleh mutasi DNA yang menjadi faktor kepada kerosakan kulit yang berbahaya seperti kanser. Haa jangan anggap mudah tau keperluan Vitamin C ni.

Sebab itu Vitamin C juga dikenali sebagai salah satu sumber antioksidan yang sangat penting bukan sahaja untuk kulit malah untuk perlindungan satu tubuh.

  1. Membantu sel untuk hidup lebih lama – elak kerosakan sel selular – DNA
  2. Melawan radikal bebas yang sangat bahaya untuk kulit – radikal bebas antara faktor terbesar kulit cepat rosak dan cepat nampak tua
  3. Membekalkan antioksidan – meningkatkan pertahanan kulit terhadap jangkitan dan sebarang serangan kerosakan (strengthen our skin barrier)
  4. Menjaga struktur tubuh – Sistem tubuh lebih sihat, kulit juga akan makin berseri – Vitamin C adalah bahan binaan yang diperlukan untuk mmenggerakkan dan menyusun kolagen, bahan protein yang bertanggungjawab mengekkalkan struktur tubuh seperti menyokong tendon, tulang, sendim dan seluruh tubuh.
  5. Membantu sel saraf – Peredaran darah lebih lancar untuk mengangkut nutrient ke seluruh tubuh dan kulit – Penampilan kulit menjadi lebih berseri dan bersinar
  6. Melawan keradangan

Sebaik-baiknya pilih vitamin C yang diambil dalam bentuk semulajadi dan bukannya dalam bentuk disintesis. Salah satu ciri-ciri Vitamin C semulajadi yang boleh kita kenalpasti ialah ia akan meresap ke dalam badan dengan lebih banyak dan berada dalam badan untuk tempoh yang lebih lama.

Kepentingan Vitamin E

Vitamin E adalah salah satu yang wajib diambil dalam penjagaan kulit. Vitamin E mampu mempercepatkan penyembuhan kulit terbakar, luka dan memudarkan parut dengan cepat. Malah jika diambil dengan jumlah yang mencukup Vitamin E mampu memperlahankan even menyekat kesan penuaan terhadap kulit.

Sama jugak dengan Vitamin C, Vitamin E merupakan sumber antioksidan yang sangat sangat berkuasa untuk melawan serangan radikal bebas terhadap kulit.

Ambil Vitamin E dalam bentuk ‘tokoferol gabungan’ kerana sistem badan kita lebih mudah menyerap Vitamin E dalam bentuk semulajadi iaitu secara organic (dalam bentuk ‘d’). Banyak produk Vitamin E dijual dalam bentuk ‘dl’ which is kurang baik untuk tubuh.

Anda boleh cek di botol Vitamin E anda. Kalau Vita E Complex Shaklee anda akan lihat tanda ‘d’ yang mana tandanya memang 100% semulajadi dan sangat elok untuk kesihatan. Hsna tak berapa pasti brand lain tapi anda boleh cek sebelum beli. Buat sedikit research dan bacaan apa yang perlu anda tahu sebelum beli Vitamin E. Why other brand since we have this Vita E Complex?


Selain Vitamin C dan E yang diambil dalam bentuk suplemen bagaimana pula  pemilihan losyen, pelembap atau krim penjagaan kulit yang berasaskan Vitamin C dan E?


Ya. Anda perlu pilih losyen, krim atau pelembap yang mengandungi Vitamin C dan E juga.Vitamin C dan E sememangnya mempunyai kesan antioksidan yang sangat baik dan telah terbukti mampu menghalang kulit rosak kesan daripada sinaran matahari (UVA dan UVB). Maka Vitamin C dan E sangat disarankan untuk digunakan sebagai perlindungan luaran kulit.

Kajian mendapati bahawa Vitamin C yang disapu keatas kulit mampu mencegah kerosakan kulit kesan daripada radikal bebas (bahan kimia, tekanan, udara tercemar, pemakanan, bahan mekap, kesan aktiviti lasak etc)

Keputusan kajian juga telah membuktikan bahawa penggunaan krim kaya Vitamin C mampu membentuk kolagen dengan lebih baik, menghalang serapan UVA dan UVB daripada merosakkan kulit, mengurangkan kesan tompok hitam, jeragat dan keradangan kulit.

So berdasarkan justifikasi perkongsian doktor pakar aesthetic bertauliah, Dr Saiuzzaman Yusof diatas tersebut Hsna tanpa ragu dan sangat yakin dengan pemilihan suplemen Vitamin C dan E serta krim C+E yang Hsna amal consistently hingga saat ini.

  • Vita C Plus
  • Vita E Complex
  • Krim Youth Radiance C + E

Nak Hsna bantu anda pilih apa yang terbaik? Meh Hsna tolong senaraikan kenapa anda wajib pilih ketiga-tiga mereka (Shaklee) ini berbanding jenama lain.

Sustained Released Vita C Plus

  • Formulasi Sustained Release dengan Formula  Bioflavonoid
  • Sustained Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.
  • Kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan. Ia sejenis sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi  dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida
  • Sustained Release Vita C Plus mengandungi 120 mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali Vita C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin c didalam tubuh, melegakan inflamasi, menentang infeksi bacteria dan radikal bebas.
  • Dengan sistem ini, hanya 100mg Vitamin C akan dilepaskan dari tablet setiap sejam. Lapisan demi lapisan Vitamin C diurai dan dilepaskan. Badan akan serap 100mg setiap jam. Jadi satu tablet akan meyediakan 1000mg selama 5 jam.
  • 1000 mg – Mampu bertahan selama 5 jam dalam badan – dilepaskan setiap jam mengikut keperluan badan setiap 1 jam

Vita E Complex

  • Dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E
  • Merupakan Vitamin E dengan ekstrak d-alpha tocopheryl – d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E – alpha, beta, gama, delta – Oleh sebab itu Shaklee Vita E Complex merupakan Vitamin E paling lengkap dipasaran.
  • Mengandungi 10mg Selenium semulajadi yang dirumus sekali dalam satu capsule untuk membantu tubuh menyerap Vitamin E dengan lebih efektif dan penuh.
  • Diformulasi jugak dengan ekstrak biji anggur yang sangat kaya dengan sifat antioksidan
  • Membekalkan 400IU Vitamin E- Untuk mendapat 400IU Vitamin E anda perlu mengambil 1 kg gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas.
  • 1 kapsul Vita E Complex sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan menghilangkan bintik penuaan. Ia juga sangat penting untuk membantu memulihkan tekstur kulit, ton muka dan membantu memudarkan parut
  • Merupakan antioksidan yang kuat dan berkuasa tinggi

Radiance C + E

  • Kepekatan 20% vitamin C dan E asli dan ditambah dengan raspberry
  • Kepekatan Youth Complex yang tinggi
  • Diformula dalam gold capsule untuk melindungi keaslian Vitamin C dan E – untuk elak teroxidize
  • Berfungsi umpama serum malam
  • Untuk mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedutan, bintik hitam dan membaiki tekstur kulit – membantu menghilangkan parut dalam

Suburkan kulit dengan makanan atau suplemen yang mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi penting untuk pertumbuhan kulit baru yang lancar, sihat dan cantik. Guna krim yang boleh membantu penyerapan vitamin dan nutrient yang lebih efektif dan berkesan. Bijaklah memilih kerana kita berhak untuk dapat yang terbaik.

Elakkan gula dan garam kerana ia mengganggu keseimbangan hormone dan mengganggu metabolism yang mana ianya boleh menyebabkan penuaan yang belum tiba masanya.


SMS/Whatsapp: 011-2557-9903   | Email: husnasukahijau@gmail.com |  Instagram : youth.by.hr |   Facebook: Husna Rahman

Untuk mendaftar AHLI SHAKLEE atau nak beli vitamin dan suplemen dengan harga ahli jimat 30% boleh juga hubungi saya thru maklumat tersebut. Thanks for visiting here. Have a nice day and spread only positive vibe. Assalamualaikum & bye. Semoga entry ini bermanfaat untuk anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge