Healthy Beauty

Kepentingan asid hialuronik kepada kulit

Dalam penjagaan kulit Vitamin ACE memang sangat penting tapi untuk mendapatkan kesan yang lebih hebat anda perlukan CoQ10, Teprenone dan Asid Hialuronik.

Vitamin ACE, CoQ10, asid hialuronik asid and teprenone merupakan bahan aktif yang pasti dapat membantu kulit kita kelihatan lebih sihat, muda, cerah dan halus tanpa masalah. Mereka adalah kumpulan antioksidan yang berkuasa tinggi yang memainkan peranan penting kepada penampilan kulit yang lebih sihat dan muda.

We talk about Vitamin ACE and CoQ10 before right? This time let we talk about the importance of asid hialuronik dan Teprenone.

The key point untuk kali ni ialah cara nak lindungi DNA kulit kita. Macam mana agaknya nak jaga DNA tu since kita tak pernah nampak pun DNA tu. Ke ada yang taktahu pun apa itu DNA? Sokey, kita go through one by one ok..


“Penghidratan penting untuk menghentikan kekeringan kulit”


Semasa kita masih muda kulit kita jelas lebih anjal,tegang, mulus, lembut, cerah dan lembap. Kedutan pulak segaris pun takde, kan?

Ini kerana pada usia muda, kulit kita terisi dengan satu bahan ini yang menjadikan kulit kita kekal tegang, anjal, cerah, lembap dan muda. Bahan tersebut ialah asid hialuronik atau basically dalam skincare product kita selalu sebut HA.

HA merupakan bahan yang mampu menarik air ketempat ia berada. Menurut kajian HA mampu menyerap 1000 kali ganda air berbanding beratnya. Malangnya semakin meningkat usia semakin kurang kandungan HA dibawah lapisan kulit kita menyebabkan mudah timbulnya garis-garis halus dan kedutan di wajah, tangan dan leher.

Tanpa kelembapan yang mencukupi kulit akan jadi lebih lembik dan kering dan sebab tu cepat berkedut, melendut dan kesan penuaan jelas terserlah walau umur masih muda. Sebab tu kenapa kita perlu sangat keep hydrate, keep moisturize kulit kita. Bukan suruhan saja-saja tau..

Fungsi dan kepentingan HA

HA yang mencukupi mampu memberikan kesan kegebuan kepada kulit kerana peranan HA menambahkan kesan isipadu dan ketegangan kepada kulit seterusnya struktur kulit kekal kuat, anjal dan tegang serta gebu dan kelihatan lebih ‘basah’ seperti kulit bayi secara semulajadinya.

Pemilihan HA yang tepat dapat membantu penyerapan lebih dalam sehingga ke peringkat sel. Jadi kulit kekal hydrate dan nampak malah rasa lebih berseri dan sihat.


Teprenone bahan magis kulit yang ramai tak tahu. Kajian menunjukkan bahawa kita mempunyai keupayaan untuk tampil kekal awet muda dan meminimumkan kesan penuaan dengan teprenone. Ia membantu memperlambatkan kesan pemendekan telomere kulit dan menghalang kerosakan DNA kulit. Kulit lebih sihat dan akan lambat mengalami penuaan secara semulajadinya.

Kita banyak dihujani dengan pelbagai jenis produk serum antipenuaan dan sebenarnya ia tak mampu nak tandingi kuasa teprenone ni tau. Kerana teprenone dapat memberikan rejuvinasi kulit hingga peringkat sel selular macam Vivix.

Sama macam ingredients dalam Vivix, Teprenone sangat berkuasa kerana kemampuannya yang mampu bekerja dan bertindak hingga peringkat sel selular-DNA.

Kajian klinikal membuktikan kesan pengambilan Teprenone kepada kulit dapat:

  • Pigmentasi kesan matahari menjadi kurang dan hilang
  • Kulit lebih lembap, lembut dan muda
  • Kemerahan dan liang roma bertambah baik
  • Kedutan halus semakin menghilang
  • Keanjalan kulit bertambah
  • Tona kulit lebih sekata dan rata

Jelaslah Teprenone mampu memanjangkan usia kulit sama seperti Vivix. Vivix berperanan besar dalam melambatkan penuaan pada tahap sel selular. Vivix berupaya mengaktikan kawalan utama genetic yang menolong melambatkan penuaan tahap sel selular iaitu DNA. Kedua-dua mereka (Teprenone dan Vivix) mempunyai kuasa yang sama – antioksidan berkuasa tinggi yang mampu melindungi DNA dari kerosakan

Penting sangat ke fungsi DNA ni? Kenapa perlu sangat kita lindungi si DNA ni?

DNA ialah pusat genetic yang mengawal seluruh aktiviti tubuh kita- yang dikenali sebagai pengkalan data genetic.

Apa itu DNA?- DNA adalah singkatan kepada… Pentingnya DNA ni sehingga kalau tak adanya DNA ni maka tidak wujudlah diri kita ini.

DNA ialah bahan yang mendefinasikan siapa kita. Yang menentukan tahap kesihatan kita. Yang menentukan ciri-ciri tubuh kita. Yang membezakan kita dengan orang lain – iaitu genetic atau DNA.

Dalam bab kulit ni specifically dengan membaiki DNA kulit mampu memberikan penampilan kulit yang berbeza – kulit lebih gebu, zero kedut, bebas masalah kulit, awet muda etc

Bahan yang tepat – antioksidan  mampu menghilangkan kesan kerosakan kulit akibat matahari serta tompok hitam akibat penuaan. Dengan penjagaan DNA yang baik dan betul bahan ini  boleh menghalang kesan oksidasi pada sel kulit. Jadi kulit mampu untuk mengeluarkan potein semualajdi yang boleh mencegah kulit dari sebarang kerosakan dan jangkitan seperti kanser, jerawat, jeragat dan etc

Bahan  ini membantu menghalang aktiviti antikosidan dan membantu penampilan kulit yang lebih berseri, sihat dan muda.


Dalam dunia suplemen Shaklee pula kami membantu melindungi DNA kulit paling kurang dengan 4 bahan ini.

Esktrak Pfaffia – sejenis ginseng Brazil yang dirumus dalam ramuan Shaklee Collagen Powder membantu formulasi kolagen dan asid hyaluronic.

HA dengan kemampuan luar biasa untuk mengikat amaun air yang banyak sangat membantu untuk menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit kita kekal lembut, lembap dan licin.

Selain ekstrak Pfaffia, Shaklee Collagen Powder juga mengandungi ekstrak biji Camellia Japonica yang terdiri daripada asid oleic iaitu satu emolien dan pelembap kulit yang maha hebat.

Selain itu ia membekalkan isoflavin dan antioksidan semualajadi yang mampu mengurangkan bilangan dan kesan radikal bebas berbahaya kepada kulit kita supaya kulit kekal lembap, lembut, licin, cerah dan kelihatan sentiasa berseri.


Vivix adalah penemuan terhebat Shaklee untuk menentang penuaan selular. Vivix mengandungi adunan fitonutrient proprietary yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine dan resveratrol yang menghasilkan ramuan 10x lebih efektif dari hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular

Anggur muscadine yang digunakan dalam ramuan Vivix adalah sejenis anggur yang sangat rare dan sangat mahal. Ia sejenis anggur liar yang mempunyai 20 kromosom dan oleh kerana kelebihan pasangan kromosom ini telah menjadikan anggur musacadine ini memberi lebih banyak faedah kesihatan berbanding anggur- anggur jenis lain.

Ia menawarkan sifat antioksidan yang lebih kukuh dan membentuk fungsi imun yang lebih tinggi kepada DNA kulit kita.

Saiz anggur muscadine adalah lebih besar berbanding anggur biasa (sebesar biji bola golf) kerana persekitaran pertumbuhannya yang unik, terdedah kepada cahaya matahari yang kuat serta mengandungi kandungan antioksidan polifenol dan resveratrol yang super tinggi yang menajdikan dia sangat berkuasa dan mampu melawan penuaan hinggal tahap sel selular – DNA.

– Ia berupaya menghalang kerosakan DNA kulit kita dengan sungguh berkesan dan dengan sangat magis – yang pasti akan memberi impak positif kepada pengawalan genetik seseorang.

Mengandungi sumber terbaik Vitamin A dan anthocyanins – antioksidan yang teramat tinggi untuk menentang semua aktiviti oksidasi peringkat sel sekaligus melindungi kulit kita daripada sebarang kerosakan akibat daripada sinaran matahari dan sebagainya.


  • Youth Perecting Skin Toner & Youth Age Defence Mosturizer spf 50

Untuk perlindungan dalaman kita sudah lengkap dengan Vivix dan Shaklee Collagen Powder. Bagaimana pula perlindungan luaran? Perlu atau tidak?

Yes kita masih memerlukan perlindungan luaran. Apalagi dengan keadaan cuaca negara kita yang sangat panas berbanding negara lain memang akan memaksa kita secara rela untuk mencari medium perlindungan luaran kulit.

Shaklee telah memperkenal 2 combo yang boleh membantu kulit kita kekal terhidrat sepanjang masa. Dan dalam masa yang sama merawat dan melindungi kulit kita dengan ramuan Youth Complex yang sangat lengkap.

  • Youth Perfecting Skin Toner

Mengandungi ekstrak anggur muscadine dan green algae untuk membantu menghidrat dan membersihkan kulit daripada kotoran – dikenali juga sebagai Youth double cleansing agent.

 

 

  • Youth Age Defense Mosturizer – SPF 50 Broad Spectrum UVA/UVB Sunscreen.

Melindungi kulit daripada kedua-dua UVA dan UVB yang sangat berbahaya kepada sel kulit.

Mosturizer- spf 50 ini dirumus dengan marine biopolymer untuk melindungi daripada kotoran secara keseluruhannya- pencemaran udara, bahan kimia etc. Ia juga dilengkapi dengan vitamin dan nourishing botanical untul menjadikan kulit kekal lembap dan membantu meningkatkan penampilan kulit yang lebih cantik dan terlindung daripada kerosakan radikal bebas- cahaya matahari.


 

 

 

SMS/Whatsapp: 011-2557-9903   | Email: husnasukahijau@gmail.com |  Instagram : youth.by.husnarahman  |   Facebook: Husna Rahman

Untuk mendaftar AHLI SHAKLEE atau nak beli vitamin dan suplemen dengan harga ahli jimat 30% boleh juga hubungi saya thru maklumat tersebut. Thanks for visiting here. Have a nice day and spread only positive vibe. Assalamualaikum & bye. Semoga entry ini bermanfaat untuk anda!


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge