Healthy BeautyYOUTH™

KENAPA SHAKLEE MEMILIH ANGGUR MUSCADINE UNTUK DIFORMULASI DALAM YOUTH SKINCARE?

Reactive oxygen species (ROS) adalah hasil sampingan daripada aktiviti metabolisme aerobic dan ia dihasilkan secara berterusan pada manusia dan juga organisma lain. Kita terdedah kepada ROS dari sumber alam sekitar seperti pencemaran, cahaya matahari dan diet seharian. Malangnya terdapat pelbagai bentuk kimia ROS dan semuanya menghasilkan tindakan yang tidak sihat terhadap struktur dan fungsi sel termasuk dalam kulit kita samaada dalaman atau luaran. ROS juga salah satu sumber radikal bebas yang meluas dalam persekitaran kita!

Seperti kita maklum proses penuaan kulit adalah sangat kompleks. Ia melibatkan kedua-dua faktor kronologi (dalaman) dan persekitaran. Lapisan luar kulit iaitu epidermis, bertindak umpama first gate yang memberikan penghalang terhadap kesan kimia dan biologi. Dan salah satu fungsi epidermis adalah untuk meminimumkan penembusan ROS ke lapisan kulit yang lebih dalam.

Dari masa ke masa kadar penjanaan lapisan baru kulit di epidermis menjadi semakin lambat menyebabkan kulit menjadi semakin nipis. Ini telah mengurangkan keupayaan epidermis untuk memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap rangsangan berbahaya seperti faktor sekeliling yang merosakkan.

Perlindungan yang semakin lemah ini menyebabkan penurunan kolagen dan elastin. Malah keupayaan epidermis untuk pulih daripada rangsangan berbahaya juga semakin berkurang seiring dengan peningkatan umur. Sistem pertahanan kulit juga semakin menurun akan memberi kesan yang sangat berbahaya samaada secara luaran ataupun dalaman!

Inilah faktornya kenapa seseorang tu lebih nampak berusia berbanding umur sebenar, kedutan mula timbul, kulit kusam, rosak, jerawat, jerawat, blackhead dan whitehead semakin menjadi-jadi dan dsbgnya.


BAGAIMANA ESTRAK ANGGUR MUSCADINE DAPAT MEMBANTU MENCANTIKKAN KULIT?

Ekstrak anggur (muscadine) diketahui mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang sangat berfaedah untuk kesihatan secara keseluruhannya. Sebagai contoh, anggur muscadine mengandungi sebatian polifenol bioaktif termasuk flavonoid (seperti flavonol, antosianin, dan flavanon, flavan-3-ols, proanthocyanidins) dan bukan flavonoid (seperti asid fenolik, tanin dan derivatif stilbene, contohnya resveratrol).

Kesan biologi flavonoid dipercayai boleh menyebabkan pengubahan radikal bebas dimana ia memberikan kesan yang baik terhadap laluan isyarat selular dan ekspresi gen (pengubahsuaian dan perlindungan peringkat sel selular/DNA) dan boleh melancarkan kitaran pembahagian sel yang cepat dan luar biasa.

Penggunaan estrak anggur muscadine dalam regimen penjagaan kulit dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin, mengurangkan radikal bebas, mengurangkan garis halus, kedutan dan memperbaiki penampilan kulit.

Dan 5 rangkaian skincare Youth mengandungi kesemua bahan-bahan ini untuk memperbaiki penampilan kulit. Lima skincare yang menjadi fokus Youth dengan formula ajaib ini ialah ; toner, day moisturizer, night moisturizer, cleanser dan serum.

Komposisi tambahan bahan-bahan lain yang terkandung dalam Youth juga berupaya memperbaiki penampilan kulit seperti panthenol, Vitamin A, C, dan E, ekstrak schizandra chinensis, ekstrak lotus japonicus dll.


Selepas penggunaan Youth peningkatan penampilan kulit boleh dilihat dan dirasai melalui :

+ Pengurangan kedalaman, panjang, lebar, atau bilangan kedut
+ Pengurangan kekasaran kulit
+ Pengurangan kulit kendur
+ Saiz liang lebih halus

+ Menghaluskan kulit dan memudarkan parut baru/lama

+ Kulit lebih licin dan sekata

+ Mengurangkan kesan hiperpigmentasi kulit
+ Kulit lebih sihat, cerah, tegang dan muda

+ Meminimumkan blackhead dan whitehead

+ Menghilangkan jeragat dan jerawat


Ramuan Utama Youth Complex

1) MUSCADINE GRAPE
Polifenol yang diestrak daripada Muscadine Grape

+ Untuk melindungi dan memperbaiki DNA sel
+ Menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

2) LOTUS JAPONICUS

+ Mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.
+ YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract untuk
membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit secara berstruktur

3)SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

+ Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.
+ Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.
+ Sesuai untuk semua jenis kulit

4) APPLE STEM CELL EXTRACT

+ Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda.
+ Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

5) VITAL REPAIR+® COMPLEX

+Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.


Testimoni penggunaan Youth

 

 

Dan estrak anggur hebat ni bukan sahaja terdapat dalam Youth Skincare sahaja tapi merupakan ramuan utama yang terkandung dalam Vivix.


Rahsia anggur muscadine superpawer dalam Youth ni dah terbongkar *claps* Insyaallah next post kita cari gali apa pulak rahsia next ingredient yang terkandung dalam Youth yang membuatkan ia sangat pawer dalam mencantikkan dan menyihatkan kulit kita luaran sekaligus dalaman jugak!  😊

husnarahman.com | @_husnarahman.com_
011-2557-9903
Your Healthy Beauty Partner
#CODShakleeTumpat
#CODShakleePengkalanKubor
#CODShakleeWakafBharu
#PostageShakleeSeluruhMalaysia


Reference:

  1. https://patents.justia.com/patent/20180325804
  2. https://patents.justia.com/patent/20130184228

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge