Healthy Beauty

Ciri-Ciri Sunscreen Terbaik.

Sunscreen atau pelindung matahari sangat penting dalam rejim penjagaan kulit. Ia adalah penghalang atau perisai yang anda gunakan ke atas kulit dari sinar matahari atau sinar uv berbahaya. Jika anda telah memakai sunscreen anda sebenarnya dapat mengekalkan kulit yang terlindung dan sihat. Faktor penuaan yang paling utama adalah kesan daripada pendedahan kepada cahaya matahari atau sinaran uv. Penggunaan pelindung matahari dengan SPF 15 (paling kurang) atau lebih tinggi boleh membantu melindungi kulit dan meminimumkan kesan sinaran uv yang sangat berbahaya.

Kenapa kita perlu apply sunscreen (malah lebih baik lagi jika ada sekali dengan perlindungan SPF)?.  Kerana ia membantu menghalang timbulnya jerawat,menghalang tanda-tanda penuaan, pigmentasi, sunburn, skin breakout ..etc. Dan yang paling penting penggunaan sunscreen/sunblock ini adalah untuk MELINDUNGI kulit dari pelbagai masalah kulit berbahaya.  Sebum minyak yang merembes dan menjana minyak sepanjang hari akan bertindak balas terhadap sinar UV berubah menjadikan pengumpulan kotoran yang makin tebal dan banyak akhirnya memberi peluang yang lebih tinggi berlakunya penyumbatan liang-liang kulit. Menurut popular youtuber,Lyah Yoo proses ini dinamakan lipid peroxidation. Jadi penggunaan sunscreen/sunblock mampu membantu lipid daripada bertindak balas dengan sinar UV dengan lebih berkesan dan elak kesan negative tersebut.

Pendedahan kepada matahari/sinaran uv sebenarnya menyebabkan naiknya jerawat dan menjadikan masalah jerawat anda menjadi makin dan makin teruk. Did you truly know that? If yes, why you still not using any spf protection yet? Just why? Macam yang dah dikongsikan kat atas tu, setiap jerawat di wajah anda sebenarnya dimulakan dengan pengoksidaan sebum. Pada dasarnya terdapat minyak di atas kulit anda dan jika sebum teroksidasi oleh pendedahan uv maka terjadilah pengoksidaan sebum yang sangat-sangat perlu dielakkan bagi anda yang ada masalah kulit berjerawat. Kerana ia adalah titik permulaan segala-galanya berkaitan dengan faktor penyebab jerawat. Apabila sebum teroksida akhirnya akan menyekat liang-liang anda dan menjadikan liang-liang berkembang menjadi kulit lebih terdedah kepada jangkitan jerawat, bakteria, kotoran dan sebagainya and it will definitely keep spreading if you never take any action on it.


Apa itu sinar UV? Terdapat 3 jenis sinar UV: UVA, UVB dan UVC

UVA dan UVB adalah dua daripada sinar matahari dan sebenarnya secara langsung boleh menjejaskan dan mencederakan kulit. UVA tidak menjadikan kulit anda seakan timbul luka terbakar atau terjadinya sunburn teruk tapi ia berupaya untuk masuk kedalam kulit dan ia boleh menyebabkan berlakunya  penuaan, kedutan, pembesaran liang pori lebih lebih cepat. UVA juga wujud dalam semua jenis cuaca, panas, mendung, hujan, salji..etc. Jadi jika cuaca redup atau hujan tidak bermakna UVA tidak wujud, ia masih wujud dan ada disekeliling anda.

UVA tidak hanya menembusi luaran kulit sahaja tetapi menembusi jauh kedalam kulit sehingga kelapisan dermis. Lapisan dermis  adalah dimana kita menyimpan semua kolagen dan protein dan ini adalah unsur-unsur yang memutuskan keteguhan kulit dengan sangat teruk. Dan UVA mampu merosakkan segalanya dengan memecahkan dan memusnahkan kolagen dan protein yang akhirnya menyebabkan lebih banyak kesan penuaan kelihatan

Manakala UVB boleh menyebabkan kanser kulit dan ia boleh melalui sel-sel kulit (lapisankulit).Jadi  perlindungan SPF berfungsi untuk  menghalang UVB dari sampai ke kulit. Lebih tinggi SPF maka lebih tinggi perlindungan yang diberikan terhadap kulit kita.

UVC tidak dapat mencecah bumi kerana ia disaring oleh lapisan ozon tetapi jika kita berada di angkasa pendedahan kepada UVC sangat-sangat memudaratkan.


Terdapat 2 jenis sunscreen yang biasanya terdapat dipasaran. Chemical Sunscreen dan Physical Sunscreen.

  • Chemical Sunscreen

Work like a SPONGE > Absorbing uv rays

Once applied ia akan diserap ke dalam kulit dan mereka menyerap semua sinar uv pada lapisan kulit.  Kesannya kulit menjadi panas sebelum ia dilepaskan kembali kembali ke udara. Ia umpama proses lantunan sinar uv yang terkumpul pada kulit ke udara semula.

Ia mempunyai tekstur yang sangat sesuai untuk diapply dipermukaan kulit dan tidak meninggalkan apa-apa kesan tompokan putih, mudah dipakai sebab tekstur yang lebih ringan dan sangat cantik walau diapply setelah makeup. Kesan penggunaan chemical sunscreen ialah ia memanaskan kulit dimana ia boleh memburukkan lagi pengeluaran sebum dan akhirnya akan lebih menyumbatkan liang-liang.Ini sebenarnya boleh mewujudkan tempat pembiakan jerawat dan bakteria yang boleh menambahkan lagi kesan tak elok pada kulit. Bagi yang mengalami masalah kulit extra sensitive chemical sunsncreen mungkin boleh menambahkan lagi kesan buruk kepada kulit seperti kemerahan, burning out dan lebih teruk lagi break out.

Bahan aktif yang didapati dalam chemical sunscreen basically like oxybenzone, avobenzone, octisalate, octocrylene, homosalate dan octinoxate.

  • Physical sunscreen/Mineral sunscreen/ Sunblock

Work like a SHIELD > Reflecting UV rays

Tidak menembusi kulit atau menyerap ke dalam kulit.Hanya bertindak pada permukaan kulit bagi menghalang kesan UVA dan UVB.  Dan ia melantunkan semula cahaya uv yang menyentuh kulit anda. Bahan-bahan aktif yang biasa digunakan dalam physical sunscreen adalah zinc oxide dan titanium dioxide. Kelebihan penggunaan  physical sunscreen ialah ia tidak merengsakan kulit kerana ia betul-betul berada diatas kulit sahaja. Ia tidak diserap atau ditembusi ke dalam kulit. Ia bertindak melindungi sinar uv dari tembus dan terserap pada lapisan kulit.


Apakah cara yang betul untuk memakai dan jaga sunblock/sunscreen supaya kita dapat menghalang semua sinar matahari?

  1.  Mesti memakai sunscreen paling kurang 15 minit sebelum keluar. Ini kerana sebenarnya sunscreen mengambil masa untuk menyerap kedalam kulit dengan sekata dan berkesan menghalang semua sinar matahari.
  2. Apply sunscreen(with SPF) dengan jumlah dan kadar yang sepatutmya atau secukupnya untuk perlindungan yang cukup. Baca guideline dan panduan dengan teliti pada packaging sunscreen anda. Perhatikan juga expiration date sunscreen anda supaya ia tidak memudaratkan anda dikemudian hari. Basically your sunscreen supposed to use a year after you open/use your sunscreen, if exceed then you may check either it still ok or not. If not then …you know what to do isn’t?
  3. Dab dab your sunscreen dengan lembut untuk menggalakkan penyerapan ke kulit dengan lebih berkesan . Pastikan ia cover seluruh kulit wajah tanpa skip any part of your face and neck (if needed).
  4. Apply sunscreen paling kurang setiap 2-3 jam terutama jika cuaca panas. Apalagi kalau kita sering berpeluh atau kita lebih banyak lakukan aktiviti luar maka perlu reapply sunscreen ikut kesesuain aktiviti anda.

Jika anda banyak lakukan aktivitu luar rumah/bersukan anda memerlukan SPF yang lebih tinggi. Selain itu pastikan SPF yang anda gunakan adalah BROAD SPECTRUM. SPF number hanya menunjukkan tahap perlindungan terhadap cahaya matahari (UVB) yang boleh mengeringkan dan memudaratkan  kulit jika dibiarkan tanpa sebarang perlindungan.

  • SPF 50 = 98% UVB protection
  • SPF 30 = 96.7% UVB protection
  • SPF 15 = 94% UVB protection

Ingat !

Menggunakan SPF yang lebih tinggi tidak bermakna anda mendapat lebih perlindungan kerana ia bergantung kepada berapa lama SPF itu boleh bertahan sebelum direapply. Secara saintifiknya telah terbukti kulit mengambil masa kira-kira 10-15 minit sebelum kulit anda mula terbakar bergantung kepada cuaca di negara kita. Katakanlan kita ambil 10 minit jadi bilangan SPF didarab dengan 10 minit. Contoh Hsna guna SPF 30 maka 30 x 10 = 300. Ini bermaksud ia boleh bertahan selama 300 minit sebelum anda reapply balik SPF anda.

  • SPF 15 = 150min = 2jam 30minit
  • SPF 20 = 200min = 3jam 20minit
  • SPF 30 = 300min = 5jam
  • SPF 40 = 400min = 6jam 40minit
  • SPF 50 = 500min = 8jam 20minit

Semakin tinggi SPF semakin lama ia boleh lindungi kulit kita. Apabila anda memakai sunscreen (pelindung matahari) contohnya moisturizer SPF 20, foundation yang mempunyai SPF 40 dan powder dengan SPF 30 pada anda anda mungkin boleh sum up those SPF 20+40+20 = SPF 90 x 10min equal to 900 min = 15 hours but its totally gone wrong. Anda hanya perlu pilih SPF yang paling tinggi then time 10min. In this example the highest SPF is 40, so 40 x 10 = 400min = 6hour 40min

  1. Limitkan terdedah kepada cahaya matahari secara terus terutama dalam range masa 10pg- 2 petang.Jika perlu pakai pakaian yang menutup bahagian kulit atau pakai sunglass untuk meminimumkan kesan sinaran matahari.

Semakin cerah warna kulit anda bermakna anda lebih cenderung untuk mengalami kesan kulit terbakar dengan lebih cepat berbanding individu yang memiliki kulit lebih gelap

  1. Pilih sunscreen/pelindung matahari yang tahan air jika anda buat aktiviti air atau anda jenis yang kerap dan kuat berpeluh. Sunscreen yang tahan air cenderung untuk bertahan sehinga 40 minit jika anda berada dibawah cahaya matahari then after that you must reapply it.
  2. Jika anda mempunyai masalah kulit sensitive pastikan sunscreen yang digunakan adalah sesuai untuk kulit anda. Physical sunscreen should be in your skincare rack instead of chemical sunscreen but still its up to your choice, your skin condition and all.
  3. Bahan yang supposed ada dalam sunscreen anda ialah zink oxide dan titanium dioxide.

Adakah kita masih memerlukan pelindung matahari (sunscreen) walapaun berada dalam bilik /lakukan indoor activity sepanjang hari?

Kebanyakan pakar dermatologi akan menjawab “Ya” dan pada pendapat Hsna sendiri pun “Yes we do still need this sunscreen protection on daily basis WALAUPUN hanya duk diam je dalam rumah sambil layan kdrama”

Sebab kotoran dimana-mana, cahaya matahari bukanlah satu-satunya faktor yang menyumbang kepada sinaran uv. Sebenarnya. Cahaya dari lampu,computer, tv, laptop, heat dari dapur dan macam-macam lagi juga antara faktor kecilnya. So ia tidak terhad kepada cahaya matahari semata sebenarnya. Cuma the most dangerous factor adalah sinaran matahari/ sinaran uv. Dan UVA boleh menembusi cermin.  That why we highly need this protection walaupun kita hanya beraktiviti dalam rumah sahaja.

Hsna sendiri biasanya sangat strict dalam pemilihan skincare (whether in term of ingredients/ process,.etc) apalagi pemilihan sunscreen with spf broad spectrum UVA/UVB. Sebab tu the very first step ialah anda mesti tahu/faham jenis kulit anda then cuba padankan sunscreen yang sesuai. Too many brand outhere but which one is the most suit to my skin? Nah only you know what kind of your skin type isn’t? Still don’t worry guys I will share some guideline I got from beauty youtuber. Continue reading can you?

Adakah kita masih perlukan sunscreen perlindungan SPF walaupun pada waktu malam sebelum kita tidur?

As for me I don’t think we need one. Instead we most need a moisturizer + serum at night. Sebab moisturizer dan serum berfungsi jauh lebih baik  untuk kulit anda. Ia berupaya  membantu meremajakan, merawat dan menyembuhkan kulit sepanjang anda rehat. Sunscreen adalah sesuatu yang anda apply di atas kulit dan hanya berada di permukaan kulit sahaja. Jadi bila anda apply sesuatu selepas itu tiada apa yang akan diserap dan ia boleh menjadikan wajah anda lebih berminyak dan berlakunya penyumbatan liang pori. Jika anda ada masalah jerawat atau kulit jenis yang acne prone anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan SPF pada waktu malam.

Apapaun anda perlu ketahui bahawa risiko tidak memakai pelindung matahari lebih besar berbanding dengan bahan-bahan yang mungkin ada dalam pelindung matahari itu sendiri. Yes true! Tapi gunalah pada masa yang tepat. Ada masanya kulit kita perlukan perlindungan sunscreen but the other time we need to moisturize it too. Just follow the most basic skin routine should be enough I think.


Dan inilah adalah antara pilihan sunscreen yang  terbaik yang pernah wujud dalam industri skincare: Age Defense Mosturizer with SPF 50

Membantu melindungi kulit dari UVA dan UVB dengan kandungan utama zinc oxide didalamnya, iaitu sebanyak 21% Zinc Oxide.

Zinc Oxide sangat penting dan berkeupayaan tinggi untuk melindungi kulit kita daripada kesan UVA2, UVA2 dan UVB.

Zinx oxide merupakan bahan mineral aktif yang paling selamat dan berkesan (safe and efficacy) untuk mengahalang sinaran uv (UVA dan UVB).

Ia bertindak dengan mewujudkan lapisan perlindungan pada permukaan kulit tanpa ada serapan berlaku kedalam saluran darah (bloodstream).

Ia melindungi kulit dari sinran uv dengan sangat berkesan dan selamat. Zinc oxide adalah antara salah satu bahan aktif yang ada dalam Age Defense Mosturizer with SPF 50 yang menyediakan spectrum luas (broad spectrum) UVA dan UV

 

Bertindak sebagai perisai yang menghalang sinaran uv (UVA dan UVB) daripada terserap dan menembusi kulit sebaliknya ia membantu menghalang (block) and deflect back the uv rays dengan sangat berkesan dengan formula semulajadinya ditambah pula dengan kuasa tinggi antioksidan dari esktrak anggur muscadine.

Sebab tu Zinc oxide merupakan bahan aktif utama Youth Age Defense Mosturizer SPF 50. Mengandungi formula unggul Vital Repair Complex dengan esktrak muscadine grape. dan broad spectrum sunscreen yang membekalkan perlindungan antioksidan berkuasa tinggi kepada kulit.

3 in 1 power – bertindak sebagai sunscreen, pelindung SPF 50 dan juga sebagai moisturizer.

Age Defence Mosturizer SPF 50 boleh bertahan lebih kurang 7-8 jam sebelum reapply. 50 x 10 = 500 min = 8 jam more or less.

Walaupun SPFnya tinggi iaitu SPF 50 tetapi tekstur krimnya tidak terlalu berminyak dan sangat  well blend dengan semua jenis kulit.

BUY NOW


SMS/Whatsapp: 011-2557-9903   | Email: husnasukahijau@gmail.com |  Instagram : youth.by.hr |   Facebook: Husna Rahman

Untuk mendaftar AHLI SHAKLEE atau nak beli vitamin dan suplemen dengan harga ahli jimat 30% boleh juga hubungi saya thru maklumat tersebut. Thanks for visiting here. Have a nice day and spread only positive vibe. Assalamualaikum & bye. Semoga entry ini bermanfaat untuk anda!


 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge