Healthy Beauty

Cara-cara elak pori besar

Liang pori besar merupakan satu mimpi buruk bagi wanita kan?Lelaki pun ada tapi mungkin tidak secara didedahkan secara meluasnya.  Ia boleh mencacatkan wajah malah sangat menakutkan jika dilihat dengan jarak dekat. Berlobang-lobang dan berbintik-bintik hitam. Memang rosak kulit !

Apa yang lebih mengerikan ialah ‘whitehead’ dan ‘blackhead’ menghuni dalam liang-liang pori yang terbuka luas itu. Bagi mereka yang alami masalah ni faham sangat bahawa susahnya nak atasi masalah liang pori besar ni.

Sebenarnya liang-liang pori kawasan muka kita sangat penting untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit. Mereka bertanggungjawab untuk penghapusan toksin dari badan. Namun kadang-kadang liang-liang ini berkembang kerana tersumbat samaada disebabkan lebihan minyak, kotoran, kesan perpeluhan yang berlebihan dan sebagainya. Disini beberapa keadaan yang kita mungkin perlu fahami untuk atasi masalah liang pori terbuka ni:

 1.Kulit berminyak 

Mereka yang memiliki kulit berminyak mempunyai liang yang lebih mudah terbuka berbanding mereka yang memiliki kulit tak berminyak.

Terutama sekali bahagian hidung atau T- section muka, dahi, pipi dan dagu. Disebabkan pengeluaran minyak oleh sebum minyak yang berlebihan menyebabkan liang-liang pori disekat akhirnya menyebabkan keradangan dalam liang-liang pori. Sebum dan keradangan akan meregangkan sel-sel kulit kita (liang) akhirnya keanjalan kulit semakin kurang sebaliknya pembukaan liang pori makin besar.

Rembesan minyak yang berlebihan dari kelenjar sebum, pengumpulan kulit mati di liang-liang boleh menyebabkan pembengkakan yang membawa kepada jerawat. Lagi parah bila parut berlubang ditinggalkan dek jerawat tadi.  Ohmaigad.This is not a good sign,isn’t?

2.Peluh yang berlebihan

Sesetengah dari kita ada yang jenis mudah berpeluh atau berpeluh yang berlebihan (just like me..sedeyhh) juga boleh menjadi punca liang-liang pori tersekat akhirnya lubang-lubang pori ni kelihatan diperbesar. Umpama bendasing mengisi liang-liang tersebut akhirnya liang-liang pori menjadi seakan ‘berkembang’ atau kita panggil open pore.

3.Terdedah kepada kotoran dan cahaya matahari

Cara mencuci muka yang tak sempurna boleh menyebabkan liang terbuka. Lebih teruk lagi bila cara cuci muka tu tak berapa nak bersih dan tersumbat dengan macam-macam jenis kotoran. Akhirnya boleh mengakibatkan blackhead/whitehead seterusnya terus upgrade jadi jerawat. Nak macam tu? Haa kalau taknak start belajar cuci muka dengan betul, guna pencuci muka yang sesuai dan selamat. Pilih pencuci muka yang boleh seimbangkan kuantiti minyak yang dikelaurkan oleh lapisan kulit kita.

Tahukah anda?

Sesiapa yang tak pakai day cream SPF 50 sebenarnya seperti membunuh kulit sendiri. Tahukah anda sinaran UV dari matahari yang terkena kulit kita ni sangat sangat memudaratkan? Bukan sahaja menggelapkan kulit dengan mengaktifkan penghasilan melanin tapi boleh menyebabkan sunburn dan naik merah-merah akhirnya terjadi pulak jeragat dan jerawat.

Perasan tak selepas duduk di luar seharian, tetiba buka berbelang-belang? Ye kulit anda dah selamat terbakar pun.  Bintik hitam pun mudah je naik!! Pigmentasi berlaku dimana-mana terutama di tulang rahang pipi, hidung dan dahi. Ohmenn..

Sebenarnya antara PUNCA UTAMA KULIT JADI CEPAT TUA adalah TAK CUKUP PERLINDUNGAN SPF DARI SINARAN UV. Dan bukan tu saja. Bukan setakat CEPAT TUA!! BUKAN SETAKAT KULIT BERKEDUT. Tapi  sebenarnya SINARAN UV BOLEH AKIBATKAN KANSER KULIT. Elak! Elak! Elak! Elaklah keluar rumah tanpa krim SPF.

4.Faktor penuaan

Disebabkan penurunan dalam aktiviti pembaharuan sel-sel, kulit juga semakin hilang keanjalan yang menjadikan pori-pori kelihatan semakin terbuka.

Kesan daripada aktiviti penuaan juga mengakibatkan berlakunya degradasi (kemusnahan) protein semulajadi  yang mana ia berfungsi untuk mengekalkan tekstur kulit. So protein ni sangat penting untuk pembentukan sel-sel kulit supaya kekal cantik dan anjal.


Cara-cara elak pori besar

Anda tidak boleh mengecut atau menutup liang-liang. Mereka perlu terus terbuka untuk membiarkan kulit anda bernafas dan membiarkan sebum dan bahan lain keluar dari kulit anda. Satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan adalah mengurangkan saiz, jadi ia tidak dapat dilihat. Ini boleh dilakukan dengan membersihkan serpihan yang terperangkap di dalam liang-liang, menjadikannya kurang ketara.

Diet

Diet yang sihat adalah mustahil untuk mendapatkan kulit yang sihat, segar dan berkhasiat. Ambil makanan yang kaya dengan antioksidan, Vitamin A, C dan E. Antioksidan akan membantu memperbaiki kulit anda yang rosak dan mengelakkan pori-pori dan garis halus di wajah anda. Tomato dan beri adalah sumber antioksidan yang kaya.

  • Vitamin A untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dari luar dan dalam.
  • Vitamin C membantu anda mengelak pembukaan liang-liang pori dengan membina kolagen.
  • Vitamin E membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kesan garis halus, parut dan memperbaiki tekstur kulit muka supaya lebih licin dan sekata.
  • Protein membantu mendapatkan kulit kekal remaja dan awet muda, menghilangkan parut kecil atau besar, biasa atau parut dalam dengan membina sel-sel kulit baru dengan cepat

Sekiranya anda mahukan kulit yang sihat, anda perlu makan dengan sihat.

Kulit yang berbeza, produk yang berbeza

Untuk mendapatkan kulit yang licin dan rata kita perlu mencegah masalah pembukaan liang pori terlebih dahulu dengan membersih, melembutkan dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Sentiasa periksa jenis kulit anda sebelum membeli apa-apa produk kosmetik. Kulit berminyak memerlukan produk yang berbeza. Begitu jugak kulit kering, kulit sensitif dan kulit biasa mempunyai produk yang berbeza. Menggunakan produk yang tidak sesuai untuk kulit anda hanya akan meluaskan lagi liang-liang anda.

Guna pencuci muka yang boleh menarik minyak keluar. Tapi masih mampu mengekalkan jumlah minyak yang diperlukan untuk mengekalkan kelembapa kulit. Eh wujud ke pencuci muka macam ni?

Pilih pencuci muka yang meminimumkan kesan kimia adalah lebih baik bukan sahaja untuk kecantikan kulit malah bagus untuk keseluruhan tubuh kita. Ramai yang tidak sedar kesan penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia berbahaya terhadap tubuh kita internally jugak. Memanglah skincare tu dipakai luaran sahaja, tapi sedarkah kita bahan-bahan itu terserap terus kedalam kulit seterusnya ke dalam darah. Bila dah masuk ke dalam darah benda ini terus dihantar ke seluruh tubuh. Apa yang lebih bahaya bahan-bahan kimia ini boleh memberi kesan kepada kalenjar hormon seterusnya jadi tak stabil dan efek macam-macam masalah kesihatan. So berhati-hati dan biar teliti dalam bab pemilihan skincare kita.

Sentiasa ingat untuk menggunakan pelindung matahari  sebelum meninggalkan rumah. Sinaran uv merosakkan kulit dengan merosakkan kolagen dan menjadikan kulit kering. Kulit kering ni memang akan cepat ada garisan kedut halus dan nampak tua. Sebab tu pendedahan yang berpanjangan kepada matahari boleh menyebabkan kedutan, liang pori besar dan merosakkan tona kulit.


YOUTH® Skin Care mempunyai senarai “FREE OF” yang menunjukkan 2,500 bahan kimia yang boleh dipersoalkan yang tidak digunakan dalam produk skincare. Alhamdulillah setakat ini belum pernah lagi ada pengguna YOUTH yang kecewa dengan YOUTH® Skin Care ni.

BELUM ADA! Nak tahu lebih lanjut pasal YOUTH® Skin Care. Insyaallah boleh terus explore page Hsna ni ye.Terlalu banyak sebenarnya benda yang Hsna nak brag pasal YOUTH® Skin Care ni. Hsna share santai-santai je to touch your heart.


YOUTH™ Intensive Treatment and Repair Set (Kod Produk: 00P325). 

Set penjagaan kulit lengkap untuk membantu menangani tanda-tanda penuaan, mengurangkan kedutan, bintik-bintik hitam penuaan serta pigmentasi, memperbaiki kerosakan disebabkan oleh matahari, meningkatkan kecerahan dan seri wajah.

Untuk tempahan boleh terus KLIK pada button BUY NOW  . Untuk pertanyaan lanjut boleh  TANYA sini ye. Untuk mendaftar AHLI SHAKLEE atau nak beli Youth Set dengan harga ahli jimat 30% boleh juga hubungi saya thru maklumat dibawah ni

SMS/Whatsapp: 011-2557-9903

Email: husnasukahijau@gmail.com

Instagram : youth.by.husnarahman

Facebook: Husna Rahman

Page:

Thanks for visiting here. Have a nice day 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge