All about us!

Keunikan Shaklee

Di Shaklee, kami percaya bahawa khazanah alam merupakan penyelesaian kepada kehidupan yang sejahtera. Oleh kerana ini, kami mengambil langkah luar biasa untuk memberikan anda produk yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan, dan memberi jaminan terhadap kualiti, keselamatan dan keberkesanan setiap produk yang ditawarkan.

Sentiasa selamat

  • Keselamatan adalah keutamaan di Shaklee dan produk kami menepati piawaian yang tiada tandingan.

Sebelum sebarang bahan dimasukkan ke dalam suplemen Shaklee, ia telah menjalani proses saringan yang sangat ketat – menjangkaui piawaian farmaseutikal yang digariskan oleh United States Pharmacopeia (USP). Kami menjalankan ribuan kajian dalam setahun.

Jadi, apabila kami meletakkan jaminan bahawa setiap produk adalah 100% selamat, anda benar-benar boleh menggunakannya dengan selamat.

Sentiasa mesra alam

  • Selama lebih dari 57 tahun, Shaklee menjadi pelopor kepada perubahan alam sekitar yang lebih baik melalui contoh.

Daripada penghasilan salah satu produk pencuci terbiodegrasikan yang pertama, sehinggalah menjadi syarikat pertama yang diiktiraf Climate Neutral, kami komited dalam meneruskan usaha murni ini.

Kami telah berjaya menjalankan kempen menanam sejuta pokok dan kini menaja tida ekspedisi Kutub Utara bagi menjalankan kajian berkenaan pemanasan global. Semua ini dilakukan demi menghasilkan produk mampan yang selamat untuk anda, rumah anda dan bumi anda.

Sentiasa berkesan

  • Rata-rata syarikat mendakwa bahawa produk mereka berkesan. Tetapi di Shaklee kami membuktikannya.

Hakikatnya, Kajian Penting kami pada tahun 2007 menunjukkan bahawa pengguna yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih 20 tahun mempunyai tahap kesihatan yang ketara lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.

Produk Shaklee membekalkan tenaga kepada pasukan pendaki Amerika yang pertama ke Gunung Everest, peserta ekspedisi Kutub Utara yang telah mencipta rekod dunia; dan membekalkan tenaga bagi penerbangan menyeberangi Laut Aegean dengan kuasa manual paling lama.

Tingkatkan kesihatan anda

Pilihan yang kita buat hari demi hari merupakan peranan yang penting dalam membentuk kesihatan akan datang. Kajian saintifik mengesahkan yang mengawal berat badan, makan secara seimbang dan sihat, pengambilan suplemen yang baik dan kurang terdedah kepda bahan kimia serta toksin di rumah dapat mengurangkan risiko kesihatan di masa depan. Shaklee adalah pilihan semulajadi yang selamat, produk yang terbukti berkesan untuk membantu mencipta masa depan yang lebih sihat untuk diri anda juga bumi ini.

Nutrisi sihat

Kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya. Kehidupan yang sihat merupakan sesuatu yang terindah. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutrisi Shaklee telah membantu jutaan insan mencipta kehidupan yang lebih sihat selama lebih daripada 57 tahun. Alamilah rasa sihat kembali dengan nutrisi Shaklee.

Kajian penting

  • Ubah suplemen anda, ubah hidup anda

Bagaimana kami boleh membuktikan bahawa pengguna suplemen Shaklee menikmati kesihatan yang jauh lebih baik? Sebenarnya mudah sahaja: kami telah melakukan kajian yang telah teliti ke atas para pengguna Shaklee setelah berpuluh tahun mereka mengamalkannya.

Dalam satu kajian yang dijalankan bersama penyelidik dari Universiti California Berkeley, Pusat

Pengajian Kesihatan Awam dan diterbitkan dalam Nutrition Journal, pengguna Shaklee yang kosisten jelas menunjukkan tahap yang lebih rendah bagi penanda biologi kesihatan jantung yang diiktiraf oleh Persatuan Jantung Amerika berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen.

Berikut merupakan manfaat yang telah terbukti daripada penggunaan produk Shaklee

33% lebih rendah

  • Tahap Trigliserida
  • Lemak ini boleh meresap ke dalam salur darah. Tahap Trigliserida yang rendah dapat meningkatkan kesihatan jantung.

36% lebih rendah

  • Tahap Homosisteina
  • Homosisteina adalah asid amino yang dihasilkan semula jadi dalam tubuh. Tahap homosisteina yang rendah dalam darah mengalakkan kesihatan jantung yang optimum.

 11% lebih rendah

  • Nisbah jumlah kolestrol kepada kolestrol HDL
  • Kolestrol HDL membantu menyingkirkan kolesterol ‘jahat’ dalam darah. Nisbah jumlah kolesterol kepada HDL yang rendah membantu meningkatkan kesihatan jantung.

59% lebih rendah

  • Tahap protein
  • Protein C-reaktif (CRP) terkandung dalam darah dan berfungsi untuk mengukur tindak balas tubuh terhadap tekanan biologi. Tahap protein C-reaktif yang rendah membantu meningkatkan kesihatan jantung.

 

Kajian juga menunjukkan bahawa nilai kesihatan diri adalah penentu tahap kesihatan masa hadapan yang sanagt baik. Jadi tidak hairanlah apabila didapati bahawa 8 daripada 10 orang pengguna Shaklee dalam kajian penting menyatakan, secara keseluruhannya tahap kesihatan mereka meningkat daripada ‘baik’ kepada ‘sangat baik’.

Alamilah rasa sihat kembali. Nutrien yang sesuai penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan. Tingkatkan pengambilan vitamin dan mineral dengan produk-produk nutrisi asas yang terbaik yang sebenar!